Syarikat pengeluar kereta Hyundai Motor di Korea Selatan semalam diminta memohon maaf terhadap iklan yang mempromosikan pengeluaran karbon tahap sifar apabila memaparkan seorang lelaki gagal membunuh diri menggunakan tiub yang dilekatkan pada ekzos.
Kontroversi iklan itu adalah yang terbaru melanda syarikat pengeluar kereta itu.Hyundai dianggap pengeluar kereta kelima terbesar di dunia dari segi jualan apabila digabungkan dengan rakan sekutunya Kia Motors.
Syarikat Korea Selatan itu berusaha menghadkan kerosakan akibat iklan itu ditarik balik. Ia dihasilkan firma pengiklanan Innocean Worldwide Corp dengan 40 peratus sahamnya dimiliki Chung Sung-yi. anak perempuan Pengerusi kumpulan Hyundai Motor, Chung Mong-koo.
Hyundai dan Innocean berkata, mereka benar-benar meminta maaf atas sebarang kesukaran dan ketidakselesaan akibat iklan itu yang disasarkan kepada pelanggan Eropah mereka.[metro]
No comments
Post a Comment