MISTERI SEGITIGA BERMUDA
Antara pesawat-pesawat dan kapal-kapal yang hilang antara lain:
• Pesawat Star Tiger, tanpa sebab-sebab yang jelas dan tanpa mengirim laporan apa pun, tiba-tiba lenyap dalam perjalanan ke Segitiga Bermuda. Padahal sebelumnya pilot telah mengumumkan bahawa sebentar lagi mereka akan mendarat di tempat yang dituju tanpa sebarang halangan.
• Pesawat DC-3 dengan 35 penumpang hilang dalam jarak 80 km ke selatan Miami, tidak jauh dari Bermuda.
• Pesawat Star Areal yang hampir sama dengan pesawat Star Tiger, berangkat untuk meninggalkan Bermuda. Pilot mengumumkan bahawa cuaca sangat baik. Malangnya, pesawat tersebut tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan bangkainya.
• Sebuah kapal laut yang bernama Mary Silhouet, ditemukan sedang terapung-apung di tengah laut Bermuda dalam keadaan kosong. Penumpangnya adalah seorang paderi dengan isteri dan seorang anak serta lapan kelasi kapal.
• Kapal Carol Darling mendekati pantai Carolina Utara tanpa seorang pun penumpang kecuali dua ekor kucing. Sedangkan kelasi kapalnya yang berjumlah 12 orang hilang tanpa jejak. Kapal tersebut dalam keadaan baik, dengan enjinnya yang masih berfungsi. Yang sangat aneh dalam peristiwa ini adalah di kapal itu terdapat sebuah meja makan dengan sisa-sisa makanan yang masih belum dibersihkan. Nampaknya, suatu kejadian aneh telah berlaku dengan tiba-tiba.
• Kapal Houwitz tiba-tiba hilang bersamaan dengan peristiwa yang menimpa kapal Carol Darling, bahkan berlaku dalam waktu dan tempat yang sama. Kerajaan Amerika Syarikat sebelumnya meyakini bahawa kejadian yang menimpa dua kapal itu adalah disebabkan oleh para lanun laut.
• Kapal Syklob, sebuah kapal paling besar milik Amerika Syarikat tiba-tiba hilang di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika merasa hairan bagaimana kapalnya hilang begitu saja tanpa dapat dikesan. Padahal kapal tersebut berlayar dalam cuaca yang amat baik dengan 300 kelasi. Seandainya kapal itu mengalami kesukaran ataupun gangguan, tentunya mereka mengirimkan berita ataupun meminta bantuan, kerana kapal itu dilengkapi dengan radar dan alat-alat komunikasi yang serba canggih.
• Lima pesawat tempur Amerika jenis TTB30 Finger bertolak dari pangkalannya di Lorderdile Florida. Kelima-lima pesawat itu terbang untuk meronda dan melakukan misi penyelamatan kapal-yang mengarungi lautan. Ketika jam menunjukkan pukul tiga petang, misi tersebut selesai melaksanakan tugasnya. Saat itu komando ekspedisi, Leftenan Charles Tylor, memberi arahan agar segera kembali ke pangkalan.
"Di sini Leftenan Charles Taylor, apa dapat didengar... ? Harap dijawab...kami kehilangan petunjuk untuk kembali... kami tersesat...saya tak dapat melihat daratan! Saya tak tahu arah Barat...semua yang ada di sekitar saya kacau... aneh .. .bahkan kawasan di mana kami berada sekarang tidak kami kenali...nampaknya... nampaknya. .. nampaknya...."
No comments
Post a Comment