Pelakon juga sebagai model iaitu Zarina Anjoulie dijamin adik perempuan tirinya selepas dua hari berada dalam Penjara Kajang.
Zarina |
Zarina bersama rakan lelakinya, Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi, 27, didakwa di Mahkamah Majistret rabu lepas memiliki dua biji pil Eramin 5 anggaran seberat 0.6 gram.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh yang mengaku tidak bersalah dijamin RM2,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 8 Feb depan.
Zarina ketika dicekup |
Hanya Mohamad Fakhruzaim dapat mengemukakan penjamin manakala Zarina Anjoulie terpaksa dihantar ke penjara kerana tiada ahli keluarga yang hadir untuk menjaminnya.
Nazri memerintahkan kedua-dua tertuduh hanya boleh dijamin oleh ahli keluarga sahaja - Bernama
No comments
Post a Comment