HONG KONG – Aktor popular Hong Kong Jackie Chan menggelar Amerika
Syarikat (AS) sebagai negara pengamal rasuah tertinggi di dunia.
Ketika temu bual dengan stesen televisyen Phoenix, aktor itu
menegaskan perkara tersebut berlaku kerana AS kini berhadapan dengan
krisis kewangan teruk.
“Saya juga beranggapan AS bukan negara selamat kerana ketika di sana
saya terpaksa membawa senjata api demi keselamatan,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Chan itu dikritik hebat oleh beberapa bloger
termasuk media Washington Post yang mengelarnya sebagai anti-Amerika.
Sebelum ini, aktor yang terkenal dengan aksi merbahaya itu pernah
menyuarakan pendapat sinis terhadap China sehingga beliau terpaksa
meninggalkan negara itu dan menetap di AS. – AFP
No comments
Post a Comment