Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Lelaki tak kesal pancung anak
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

JAIPUR: Seorang lelaki di barat laut India dilaporkan tidak rasa bersalah selepas memancung kepala anak perempuannya dengan sebilah pedang selepas marah dengan tindakan anaknya menjalin hubungan dengan lelaki. 

Lelaki terbabit menyerah diri di sebuah balai polis sambil membawa kepala mangsa dan pedang yang masih dipenuhi darah, kata polis semalam. Oghad Singh, 46, didakwa membunuh.


Penduduk kampung Dungarji melahirkan rasa terkejut ketika memberi penghormatan terakhir kepada mangsa berusia 20 tahun dalam kejadian kelmarin.
Polis berkata, Singh, seorang pelombong batu marmar mendakwa anak perempuannya itu mencemar kehormatan keluarga dan menyukarkan usahanya untuk mencari bakal suami bagi dua orang kakaknya yang masih belum berkahwin. 
Wanita menunjukkan rasa sedih di kampung di negeri Rajasthanitu ketika upacara memberi penghormatan terakhir kepada mayat Manju Kanwar. 
Seperti kebanyakan perkampungan India di barat dan utara, wanita termasuk ibu dan adik beradiknya tidak dibenarkan menghadiri majlis pengebumian. 

Masyarakat India yang semakin moden berhadapan dengan pertembungan sosial berikutan golongan muda menentang adat tradisional seperti perkahwinan diatur atau membataskan wanita keluar dari rumah terutama di kawasan luar bandar. 

Konflik seperti itu menyebabkan ramai wanita dan golongan muda diseret ke mahkamah kecil kampung itu. Tetapi, hukuman kejam seperti Singh jarang berlaku di negara 1.2 bilion penduduk itu. 




Sumber daripada bernama-



Follow : Twitter
Like : Facebook


About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments