Select Menu

Isu Semasa

Hiburan

Global

Pelancongan

Performance

Pelbagai

Misteri Sejarah

Informasi

» »Unlabelled » Gambir - Kesan penggunaan yang berlebihan
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

Gambir atau nama saintifiknya "Uncaria gambir", biasa ditemui di hutan kebanyakan negara, khasnya di hutan di Asia Tenggara, India dan China.


Sejak berzaman, sejumlah rekod mengaitkan penggunaan gambir sebagai penawar bisa gigitan ular dan krim penyembuh kesan kebakaran pada kulit.
Malah dalam salah sebuah laman web, masyarakat Cina purba dinyatakan mempercayai tumbuhan tersebut bagi digunakan untuk melegakan sakit tekak dan ulser (kudis) selain membuang angin dalam badan.

Bagi penduduk kepulauan Nusantara, gambir dimakan bersama pinang dan sirih kerana herba itu dikatakan memberi kesan mengkhayalkan.



Gambir Sarawak tidak dimakan tetapi ramai kaum Adam yakin ia mempunyai kehebatan kerana ia didakwa mampu ‘memperkasakan’ lelaki ketika menjalin hubungan kelamin.
Lazimnya batang gambir dikerat bagi mendapatkan getahnya yang kemudian dikeringkan sebelum dihiris dalam bentuk kepingan kecil.
penggunaan gambir Sarawak secara berlebihan dan tidak terkawal boleh membawa padah.
“Kemaluan akan melecet serta berasa pijar yang berterusan sehingga boleh mengakibatkan luka, keradangan dan jangkitan bakteria,”
Lebih teruk, lama kelamaan, penggunaan bahan tersebut akan mengalami kerosakan saraf terutama di kawasan sensitif.
Kehilangan rasa nikmat ketika melakukan hubungan kelamin juga boleh terjadi sekiranya tumbuhan tersebut kerap digunakan.
Gambir hanya digunakan oleh penduduk Sarawak untuk tujuan melegakan kesakitan ringan seperti sakit gigi.
Masyarakat Melayu di Sarawak sering menggunakan gambir untuk menahan sakit, terutama sakit gigi. Beliau tidak menafikan gambir Sarawak mungkin spesies yang berbeza dengan kawasan lain memandangkan hutan Borneo antara hutan tropika tertua dunia.
Penulis buku Medicinal Plants of Sarawak itu berkata, penggunaan gambir sebagai ‘ubat kuat’ lelaki hanya satu daripada kegunaan tumbuhan itu di kalangan suku kaum di Sarawak seperti Iban dan Melanau.
Kegunaan lain gambir yang juga dikenali sebagai akar kelawit itu ialah sebagai penawar gigitan ular selain penawar akibat termakan cendawan beracun.

Follow : Twitter
Like : Facebook



About Unknown

PERINGATAN: Blogbahni tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri
«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments