KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat hari ini diberitahu bagi tempoh 2005 hingga 2011, sejumlah 5,983 pegawai awam sudah disiasat berhubung kes rasuah.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong berkata, daripada jumlah itu, 816 telah dituduh di mahkamah, 324 disabit kesalahan, manaka 69 dilepas tanpa dibebas dan 298 didapati tidak bersalah.
"Kalau perlu, akan dituduh. Tetapi yang penting mesti ada bukti yang mencukupi supaya tidak buang masa. SPRM boleh siasat kalau ada aduan, bahan bukti dan isu-isu yang mereka rasa perlu disiasat.
"Bagi kes melibatkan pegawai awam, kadang-kadang hanya melibatkan pelanggaran peraturan dan hanya perlu diambil tindakan tatatertib. Semua pihak kena faham yang SPRM perlu ada bukti kukuh untuk tuduh orang di mahkamah," katanya. - BERNAMA
No comments
Post a Comment